Sunday, November 29, 2009

Malam Itu...

Malam itu...
Aku dan dia
Duduk bersama di nusantara
Merenung ke langit
Yang dihiasi bintang dan bulan.
Malam itu...
Aku berduka
Kerana lafaz hatinya
Yang mematahkan hatiku
Siapalah aku di mata dia.
Malam itu...
Penuh rahsia yang
dikatup kegelapan
Aku mengalirkan air mata
Dia menghembus nafas kasar.
Malam itu...
Berakhirlah hubungan kita
Sebagai teman yang istimewa
Dia melangkah pergi
Berat meninggalkan aku seorang
Aku resah.
Malam itu...
Langit, bintang, bulan, awan
Menjadi saksi bahawa
Kami telah jauh berpisah
Itulah malam yang paling...
Menderitakan.

1 comment :

*tolong jangan guna kata-kata kasar.
*no harsh word please.