Aku menempuh segala rintangan di bumi ini
Dengan kesabaran dan keredhaan
Jika ini yang ditakdirkan padaku
Hatta aku pasrah menerimanya
Malam ini kedinginan
Menusuk terus ke dada
Jika malam itu tidak ku renjiskan
Air putih itu kepadanya
Maka tidak akan berlakunya
Perbalahan diantaranya
Betapa kecewanya dia
Setelah mengetahui bahawa aku
Tidak akan berada disisinya
Buat selama-lamanya
Aku tahu akan perasaannya
Namun apa yang harus aku lakukan
Inilah ketentuan Illahi
Aku yang menanggung seksa
Terpaksa meninggalkan bumi ini
Meninggalkan orang yang aku sayang
Aku menggariskan seungkap kata padanya
“Akan ku temanimu hingga akhir hayat”
Kata-kata itulah yang tersemat
Sehinggalah tiba waktu aku
Meninggalkan cebisan air mata
Dia pula tidak dapat menerima hakikat
Itulah aku disaat ingin meninggalkan
Bumi yang serba indah
Kerana penyakit ini tiada penawarnya
Menunggu saat ku pergi
Aku hilang di matanya
Buat selama-lamanya.
Friday, February 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
kamu tidak akan hilang dimata ku :D
ReplyDelete