Saturday, October 27, 2012

Dahulu Aku Cemburu

dahulu aku cemburu,
si tinggi lampai,
jaguhnya bersukan.

dahulu aku cemburu,
si kurus papan,
makannya tiada kesan.

dahulu aku cemburu,
si putih jelita,
penyinar dalam ketawa.

kini aku hanya bersyukur,
kerana nikmat Allah itu berbeza-beza.


-Allah itu Maha Mengetahui

2 comments :

*tolong jangan guna kata-kata kasar.
*no harsh word please.