Sunday, October 10, 2010

Mengingati Ilahi

Pada masa ini,
Meminta pada Ilahi bagai keterlaluan,
Namun itulah yang kita harapkan,
Mendapat keredhaan Ilahi.

Inilah manusia,
Yang sering mengharapkan belas kasihan,
Kala susah, mengingati Allah,
Kala senang, melupai Allah.

Tetapi kita salah,
Akuilah bahawa kita hambanya,
Wajib mematuhi perintahNya
Allah itu Maha Penyayang.

Ingatlah bahawa Allah tidak pernah mengecewakan,percayalah!

No comments :

Post a Comment

*tolong jangan guna kata-kata kasar.
*no harsh word please.